18 Februari 2025, Selasa – Bertempat di Bilik Mesyuarat PKB, Alor Setar Kedah satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan Jase Solar Sdn Bhd. 

Sesi majlis ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan serta barisan kepimpinan Jase Solar Sdn Bhd.

Moga perjanjian ini menjadi titik tolak kepada kerjasama strategik antara PKB dan Jase Solar Sdn. Bhd. dalam menerajui inisiatif tenaga boleh diperbaharui. Dengan gabungan kepakaran teknikal dan kecekapan perniagaan kedua-dua pihak, perjanjian ini bakal membuka jalan kepada pembangunan projek tenaga hijau yang mampan serta menyumbang kepada agenda negara ke arah masa depan yang lebih lestari.