PKB-Capital Sdn Bhd

Pengenalan

PKB-Capital Sdn Bhd (PKB-C) merupakan anak syarikat dalam Kumpulan Permodalan Kedah Berhad yang telah menceburi bidang baharu. Kegiatan utama PKB capital adalah menjalankan aktiviti perkhidmatan pendobian, dan pengiklanan. Aktiviti perniagaan PKB Capital dijalankan oleh dua kumpulan pengurusan: Capital Laundry, dan Capital Digital.

Maklumat Syarikat
l

Tarikh Diperbadankan

5 Mac 1996

Modal Berbayar

RM 500,000

Modal Dibenarkan

RM 500,000

Pemegang Saham

100% milik Permodalan Kedah Berhad

Jenis Perniagaan

Pengurusan Aset & Projek

Capital Laundry

  • Diwujudkan pada 15 Jun 2016 dan beroperasi di Lot 1-4, Jalan Bunga Raya 1, Langkawi Mall Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman
  • Memberi perkhidmatan pendobian yang terbaik dengan menyediakan mesin dan peralatan dobi yang terkini serta mengenakan caj yang berpatutan
  • Mempunyai kumpulan pengurusan bidang pendobian yang berpengalaman melebihi 10 tahun
  • Mempunyai kapasiti melebihi 3 tan dalam satu shif operasi
  • Capital Laundry dengan slogannya “Dobi Untuk Semua” (“Laundry for All”) menyedia dan memberi perkhidmatan pendobian kepada SEMUA pelanggan.

Capital Digital

  • Diwujudkan pada 1 Julai 2016 dan beroperasi di Lot 1, Jalan Bunga Raya 1, Langkawi Mall, Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman
  • Menyediakan khidmat pengiklanan di Langkawi melalui skrin paparan LED bersebelahan Hotel ADYA, Pekan Kuah Langkawi dengan menawarkan pakej dan caj yang kompetitif
  • Berhasrat untuk membantu syarikat-syarikat dan pengusaha-pengusaha persendirian dalam mengembangkan perniagaan masing-masing
  • Mempunyai kumpulan pengurusan yang berpengalaman luas dalam bidang multimedia dan mampu memberi perkhidmatan pengiklanan yang terbaik setanding perkhidmatan pengiklanan yang lain
  • Dengan slogan “Rakan Pengiklanan Anda” (“Your Advertising Partner”), Capital Digital membantu pelanggan dengan pendekatan mesra dan berkualiti

Hubungi Capital Laundry

1-4, Jalan Bunga Raya 1
Langkawi Mall
Kuah
Langkawi
Kedah Darul Aman
05000 Malaysia
+604 961 1151
+604 961 1152
+604 731 3224

Hubungi Capital Digital

1, Jalan Bunga Raya 1
Langkawi Mall
Kuah
Langkawi
Kedah Darul Aman
05000 Malaysia
+604 961 1151
+604 961 1152
+604 961 1153
Share This