KATA ALUAN

YAB. DATO' SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR, (DMK., SPMK.,DHMS., DSNS., SSS., JP.)

YAB. DATO' SERI UTAMA HAJI MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR, (DMK., SPMK.,DHMS., DSNS., SSS., JP.)

Pengerusi Permodalan Kedah Berhad

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang menyampaikan risalah iman dan Islam kepada kita semua, para sahabat, para alim ulama dan seluruh muslimin dan muslimat khususnya rakyat negeri Kedah Darul Aman.

Adalah menjadi harapan saya sebagai Pengerusi Syarikat untuk melihat anak-anak syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) terus berkembang dan berdaya saing di pasaran global.

Kita perlu sedar bahawa matlamat penubuhan syarikat GLC bukanlah sekadar sebuah syarikat yang mengejar keuntungan semata – mata, tetapi sebagai agen pelaksana kerajaan di dalam menjalankan dasar – dasar kerajaan negeri. Dalam masa yang sama, hasrat untuk melahirkan golongan usahawan Bumiputera haruslah dipertingkatkan, disamping mewujudkan peluang perniagaan yang lebih luas kepada rakyat di negeri Kedah ini. Persaingan yang sihat sesama syarikat GLC dan syarikat swasta harus diambil berat agar dapat menjamin kesinambungan perniagaan pada masa hadapan.

Saya juga berharap agar anak – anak syarikat di bawah Kumpulan PKB akan terus berjaya di dalam bidang perniagaan yang diceburi dan amat bersyukur kerana Laman Rasmi Permodalan Kedah Berhad ini telah dapat diterbitkan dengan sempurnanya.

Selamat Maju Jaya.

ENCIK ABDUL RAHMAN BIN HAJI DIN, sdk., AMK., BCK.

ENCIK ABDUL RAHMAN BIN HAJI DIN, sdk., AMK., BCK.

Ketua Pegawai Eksekutif, Permodalan Kedah Berhad

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari Portal Rasmi Permodalan Kedah Berhad (PKB). Saya berharap portal ini akan dapat membantu para pengunjung berurusan dengan PKB bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan teras perniagaan Permodalan Kedah Berhad.

Salah satu strategi untuk memperkenalkan dan mempromosikan PKB adalah melalui laman web. Sebagai sebuah anak syarikat milih penuh Kerajaan Negeri Kedah, Portal Rasmi PKB memaparkan pelbagai maklumat berhubung dengan organisasi, anak syarikat PKB, aktiviti, perkhidmatan, projek dan penerbitan PKB. Laman web ini akan diselenggara dan dikemaskini bagi menjamin kandungannya sentiasa relevan dan terkini.

Maklumat yang disediakan di laman web ini sentiasa dikemaskini dan bersifat interaktif agar ianya dapat memberi manfaat kepada para pengunjung yang melayari laman web ini. Bagi meningkatkan perkhidmatan yang diberikan, kami mengalu-alukan pendapat dan pandangan untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan bagi kepentingan rakyat dan negeri Kedah.

Sekian, terima kasih.

Visi & Misi

VISI

Menjadi pemacu pembangunan Negeri Kedah Aman Makmur

MISI

Membina sebuah organisasi korporat yang teguh dan mampan serta prihatin terhadap tanggungjawab sosial

MOTTO

“Bersama Membina Kecemerlangan”

FALSAFAH

Berdedikasi untuk menghasilkan kecemerlangan tanpa mengenepikan norma-norma kesusilaan murni sejagat. Kecekapan pengurusan menjadi tuntutan utama dengan pengembelingan kejujuran, kebijaksanaan serta keikhlasan

Objektif Syarikat

l

Membangunkan projek-projek hartanah sejajar dengan program pembangunan negeri

w

Melibatkan diri di dalam projek-projek secara usahasama dengan mana-mana pihak yang berwibawa sama ada dari dalam mahupun luar negri

Membantu masyarakat Bumiputera mencapai kualiti hidup yang lebih baik

Membentuk sebuah orgnisasi korporat yang berdaya maju

Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan masyarakat

Melahirkan anggota kerja yang berdedikasi, bermotivasi, produktif dan berwawasan

Menerajui bidang-bidang lain seperti:

  • Pembangunan Hartanah
  • Sektor Perlombongan & Mineral
  • Sektor Perhotelan & Perkhidmatan
  • Sektor Pelaburan

Maklumat Korporat

Nama Syarikat

Permodalan Kedah Berhad

No. Pendaftaran

287561V

Alamat Perniagaan

Tingkat 8, Wisma PKNK,
Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah

Telefon

+604 730 1992
+604 730 1993

Faks

+604 731 3224

Email Rasmi

l

Tarikh Diperbadankan

20 Januari 1994

Pemegang Saham (100%)

Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMB Kedah)
i

Modal Dibenarkan

RM 10,000,000

Modal Berbayar

RM 2,500,000

Jenis Perniagaan

  • Pembangunan Hartanah
  • Pembinaan
  • Perlombongan
  • Perhotelan & Perkhidmatan
  • Pelaburan

Struktur Korporat

Senarai Subsidiari

Kedah Islamic Asset Management Berhad

Pengurusan Portfolio dan Pengurusan Amanah Saham

Modal Berbayar (RM): 8,418,000
Peratus Pegangan: 100%

PKB Development Sdn Bhd

Pembangunan Hartanah, Pengurusan Mineral & Kuari

Modal Berbayar (RM): 500,000
Peratus Pegangan: 100%

Pembinaan Sintok Sdn Bhd – PSSB

Kontraktor Kelas A Bumiputera, CIDB G7

Modal Berbayar (RM): 1,500,000
Peratus Pegangan: 100%

PKB Capital Sdn Bhd – PKB C

Pengurusan Aset dan Projek

Modal Berbayar (RM): 500,000
Peratus Pegangan: 100%

PKB Hotel Management & Services Sdn Bhd – PKB Hotel

Pengurusan & Perkhidmatan Hotel

Modal Berbayar (RM): 3,000,000
Peratus Pegangan: 100%

PKB Cenasih Management Sdn Bhd

Kesetiausahaan Syarikat & Perakaunan

Modal Berbayar (RM): 250,000
Peratus Pegangan: 70%

Lembaga Pengarah

YAB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir
YAB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir

(DMK., SPMK.,DHMS., DSNS., SSS., JP.)

Pengarah

YB Dato' Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim
YB Dato' Paduka Ammar Bin Dato’ Shaikh Mahmood Naim

(DPSS., DSDK., JSD., SSS., AMK., AMN., BCK.)

Pengarah

YB. Dato' Haji Isahak Bin Murat
YB. Dato' Haji Isahak Bin Murat

(DSSS.,AMK.,BCK )

Pengarah

YB. Encik Mohd Firdaus bin Ahmad
YB. Encik Mohd Firdaus bin Ahmad

Pengarah

YBhg. Dr. Muhammad Mahadi Bin Mohamad
YBhg. Dr. Muhammad Mahadi Bin Mohamad

(SDK., SMP.,AMK., AMP.)

Pengarah

En. Abdul Rahman bin Haji Din
En. Abdul Rahman bin Haji Din

(SDK., AMK., BCK.)

Pengarah

Share This