PEMBANGUNAN HARTANAH

PKB Development Sdn Bhd (PKBD) dan PKB Capital Sdn Bhd (PKBC) merupakan anak syarikat yang ditubuhkan untuk memfokuskan kepada pembangunan hartanah. Tumpuan kepada pembangunan hartanah adalah sejajar dengan hala tuju PKB untuk menjana pendapatan daripada bidang ini.

Sebagai pemain yang sedang membangun dalam bidang pembangunan hartanah, kami berhasrat memperkukuhkan lagi sektor pembangunan hartanah dengan agresif memperluas landbank dan perkongsian strategik dengan pemilik tanah. Dengan memanfaatkan kepakaran rakan strategik dan rekod prestasi yang relevan, ia dapat membantu Kumpulan PKB mempelbagaikan asas pendapatan dan memastikan kemampanan prestasi kewangannya. Kami berdedikasi terhadap mencapai tahap yang lebih tinggi.

 

PERLOMBONGAN

PKB meneruskan aktiviti perniagannya di dalam sektor perlombongan menerusi PKB Development Sdn Bhd (PKBD). Perlombongan adalah salah satu tunjang kejayaan kumpulan PKB dalam menjana keuntungan mampan dan berterusan, sejajar dengan perancangan PKB untuk menguruskan sumber mineral di negeri Kedah.

PKB melalui PKBD menguruskan kawasan perlombongan di beberapa daerah di Kedah dengan skala kecil dan sederhana. Dengan beberapa pertambahan kawasan baru, diyakini dapat memaksimumkan sumber pengeluaran pada masa depan. Antara sumber mineral yang diuruskan oleh PKBD ialah seperti Bijih Besi, Manganese, Pasir Silika, Pasir Binaan, Tanah dan Tanah Liat Beralumina Tinggi.

PKB sentiasa berusaha mencari rakan kongsi untuk memanfaatkan kepakaran, pengalaman dan teknologi baru mempelbagaikan inovasi yang boleh meningkatkan jumlah pengeluaran dengan kualiti yang tinggi bagi mempertingkatkan daya saing di pasaran.

PELABURAN

Kedah Islamic Asset Management Berhad (KIAM) yang dahulunya dikenali sebagai Amanah Saham Kedah (ASK) telah ditubuhkan untuk menguruskan amanah saham dan menguruskan portfolio adalah anak syarikat PKB yang memfokuskan bidang pelaburan.

KIAM yang berlesen di bawah Akta Pasaran Modal & Perkhidmatan 2007, berpengalaman selama lebih 20 tahun dia dalam industri unit amanah dan pengurusan. Pada masa ini, KIAM mengurus empat dana, iaitu satu tabung unit amanah dan tiga dana institusi, dengan nilai pelaburan pada 30 Jun 2017 berjumlah RM47.43 juta.

KIAM juga menyediakan perkhidmatan pengurusan pelaburan yang efektif bagi memenuhi keperluan setiap pelabur samada dari syarikat-syarikat korporat, agensi-agensi kerajaan mahupun individu.

Perkhidmatan profesional yang ditawarkan adalah bagi pelaburan ekuiti, pendapatan tetap dan juga instrumen pasaran wang berlandaskan syariah di bawah pelbagai peruntukan seperti strategi seimbang, pendapatan, pertumbuhan, dan agresif.

Pengalaman dan kefahaman kami di dalam pasaran pelaburan membantu kami menyampaikan apa yang pelabur inginkan, akses kepada pelbagai peluang pelaburan, prestasi pelarasan risiko serta pulangan kukuh dan konsisten.

 

PEMBINAAN

PKB melalui anak syarikatnya PKB Builders Sdn Bhd (PKBB) adalah syarikat pembekal khidmat kejuruteraan dan pembinaan yang memenuhi kehendak sektor kerajaan dan swasta.

PKBB berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G7, Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) Taraf Bumiputera dan Kementerian Kewangan Malaysia yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dengan kapasiti untuk melaksanakan projek-projek besar tanpa batasan nilai.

Di samping itu PKBB pada dasarnya kontraktor utama dalam projek pembinaan yang diperoleh melalui tender terbuka atau melalui rundingan terus. PKBB memastikan penyerahan dan penyiapan projek yang tepat pada masanya dengan melibatkan sub-kontraktor dan pembekal yang boleh dipercayai. Sub-kontrak diberikan kepada sub-kontraktor dan pembekal terpilih selepas proses pemilihan yang ketat yang menganalisis pelbagai aspek kontraktor dan pembekal. PKBB menyelaras proses pembinaan secara berkala untuk memastikan penghantaran yang tepat pada masanya dan pembekalan bahan binaan yang mencukupi sepanjang proses pembinaan.

PKBB mempunyai reputasi yang baik, dikendalikan oleh sekumpulan kakitangan profesional, berdedikasi, berkelayakan dan berpengalaman yang disokong oleh sumber syarikat untuk terus membawa peluang projek baru untuk Kumpulan PKB.

PERHOTELAN

PKB telah mengorak langkah mengembangkan perniagaannya dalam bidang hospitaliti dengan menubuhkan syarikat PKB Hotel Management & Services Sdn Bhd (PKBH).
PKBH diuruskan oleh sebuah pengurusan yang menggabungkan pengalaman dan kemahiran lebih 15 tahun dalam industri Hospitaliti & Perkhidmatan. Kelebihan unik yang ditawarkan oleh PKBH adalah jaminan perkhidmatan patuh Syariah dan pematuhan kehendak penyediaan makanan halal toyyiban.

PKBH menguruskan hotel pertamanya pada tahun 2015 di Pulau Langkawi iaitu Adya Hotel Langkawi yang bertaraf 4 Bintang dan telah mendapat pengiktirafan hotel 4 bintang terbaik. PKBH telah mengembangkan perniagaannya dengan membuka Adya Kuala Lumpur yang bertaraf bajet. Hotel-hotel ini sentiasa ditambahbaik agar menawarkan perkhidmatan yang setaraf dengan hotel-hotel komersil dengan piawaian serupa dan kualiti perkhidmatannya yang cemerlang.

“Islam, Mesra, Hospitaliti” – PKBH berhasrat menyediakan kemudahan yang selesa dengan kecemerlangan perkhidmatan yang luar biasa dari hati.

Projek-projek

Lihat portfolio projek-projek Permodalan Kedah Berhad.

Subsidiari

Usahasama kerja-kerja pembangunan hartanah, perlombongan, pelaburan, pembinaan, perhotelan, dan perkhidmatan PKB dilaksanakan oleh anak syarikat PKB yang mempunyai kepakaran dan kebolehan khusus dalam pelaksanaan projek-projek korporat.

Dapatkan Makluman Terkini

Daftar dalam senarai email kami untuk menerima pemberitahuan dan maklumat terkini mengenai peluang-peluang perkhidmatan yang ditawarkan oleh PKB.
Share This