Jelajah Sesi Libat Urus dan Madani Mendengar untuk Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13)

Jelajah Sesi Libat Urus dan Madani Mendengar untuk Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13)

21 Januari 2025, Selasa – Bertempat di Hotel Grand Alora, Alor Setar Kedah delegasi Kumpulan Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah menghadiri Jelajah Sesi Libat Urus dan Madani Mendengar untuk Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Delegasi Kumpulan PKB diketuai oleh Encik Badrudi bin Haji Hamid, Pengurus Pentadbiran dan Kewangan PKB, Pengurus PKB Hotel Puan Roseita binti Jamaludin, Penolong Pengurus PKB Capital Sdn Bhd Encik Farizul bin Abd Ghani dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan. Mereka turut serta dalam sesi interaktif Madani Mendengar, yang menggunakan format tanya langsung bersama Menteri Ekonomi Malaysia, Dato’ Seri Mohd Rafizi bin Ramli.

Sebagai sebuah entiti yang komited kepada pembangunan ekonomi negeri, kehadiran PKB dalam pelancaran ini memperkukuhkan peranannya sebagai rakan strategik kepada kerajaan dalam mendukung inisiatif transformasi sosioekonomi, inovasi, dan keberdayaan komuniti.

Majlis ini turut dihadiri oleh pelbagai delegasi dari agensi kerajaan, sektor swasta, dan pemimpin komuniti yang menyokong aspirasi bersama ke arah pembangunan mampan dan inklusif. PKB kekal bertekad untuk menggalas tanggungjawab ini dengan penuh iltizam, memacu ekonomi negeri Kedah ke arah masa depan yang lebih gemilang.

 

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) PKB bersama Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co. (ASKCO), Corporate Mind Group, dan Jakarta Business School (JBS).

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) PKB bersama Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co. (ASKCO), Corporate Mind Group, dan Jakarta Business School (JBS).

20 Januari 2025, Isnin : Bertempat di Hotel Binjai, Kuala Lumpur telah termeterai satu perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Permodalan kedah Berhad bersama Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co. (ASKCO), Corporate Mind Group, dan Jakarta Business School (JBS).

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi mewakili PKB manakala mewakili Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co. (ASKCO) Encik Muhammad Akmal, mewakili Corporate Mind Group Puan Siti Nurfarhana Omar Aziz Ketua Pegawai Eksekutif dan mewakili Jakarta Business School Prof Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Kerjasama strategik antara ASKCO, Corporate Mind Group, PKB, dan Jakarta Business School bertujuan memperkasakan usahawan tempatan, memacu inovasi, serta mentransformasi ekonomi negara dengan pendekatan holistik yang menekankan kelestarian dan kesejahteraan masyarakat. ASKCO, firma guaman dengan jaringan global, menyediakan penyelesaian perundangan inovatif, manakala Corporate Mind Group memberi panduan strategik dalam penggabungan dan pengambilalihan (M&A), penstrukturan saham, rangka kerja ESG, usaha sama (JV), IPO, serta strategi modal teroka (VC) dan ekuiti persendirian (PE).

Kerjasama ini melambangkan dedikasi membina Malaysia yang dinamik, inklusif, dan kompetitif di peringkat antarabangsa, sambil memperkukuh komuniti perniagaan tempatan untuk menghadapi cabaran global dengan yakin.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKB dan Bravo Borneo Shipyard Sdn Bhd

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKB dan Bravo Borneo Shipyard Sdn Bhd

20 Januari 2025, Isnin – Bertempat di Hotel Impiana, Kuala Lumpur satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Bravo Borneo Shipyard Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize mewakili PKB manakala mewakili Bravo Borneo Shipyard diketuai oleh Pengarah Urusan, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Affenddy Suhaimi, Timbalan Pengarah Urusan Datuk Norazuwan Aziz, Ketua Pembangunan dan Hal Ehwal Korporat Puan Frida Farah Bungga dan Ketua Pegawai Kewangan Muhammad Ariff Husain.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Bravo Borneo Shipyard Sdn Bhd dalam kepakaran pelbagai sektor demi memperkukuhkan pembangunan ekonomi, teknologi, dan keupayaan industri maritim yang memberi manfaat kepada masyarakat negeri Kedah. Melalui kerjasama ini, diharapkan sinergi yang terjalin dapat membuka peluang-peluang baharu dalam inovasi, pelaburan strategik, dan pertumbuhan sektor berkaitan.

Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan antara PKB & The Blanket Hotel

Majlis Menandatangani Perjanjian Pengurusan antara PKB & The Blanket Hotel

15 Januari 2025, Rabu – Satu perjanjian pengurusan telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan The Blanket Hotel bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan manakala The Blanket Hotel diwakili oleh Puan Ieja Hindon Saleh dan En Khalid Nasar Habib.

Semoga perjanjian pengurusan ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama The Blanket Hotel dalam bekerjasama ke arah merealisasikan visi bersama untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak, dan mewujudkan peluang-peluang baru yang saling menguntungkan dalam industri perhotelan. Dengan komitmen bersama, diharapkan kerjasama ini dapat memberi manfaat jangka panjang dan memperluaskan rangkaian pelanggan serta memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara PKB Development Sdn Bhd bersama SBC Lighting Sdn Bhd

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara PKB Development Sdn Bhd bersama SBC Lighting Sdn Bhd

13 Januari 2025, Isnin – Satu perjanjian telah dimeterai antara PKB Development Sdn Bhd bersama SBC Lighting Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus PKB Development, En Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Hassan dan mewakili SBC Lighting Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Eksekutif Mr Mok Chuang Siang.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB Development bersama SBC Lighting dalam memperkukuh usaha transformasi bandar pintar yang mampan, membawa manfaat dalam aspek keselamatan, pengurusan trafik, dan kecekapan tenaga untuk masa depan yang lebih cerah berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif untuk negeri Kedah.