Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKB dan MySpatial Sdn Bhd

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKB dan MySpatial Sdn Bhd

09 Disember 2024, Isnin – Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan MySpatial Sdn Bhd

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Penolong Pengurus En Hamiz Redzuan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama MySpatial Sdn Bhd dalam kepakaran perusahaan teknologi yang berfokus pada solusi berbasis geospatial dan data lokasi yang berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif untuk negeri Kedah.

Kunjungan Hormat PKB ke Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA)

Kunjungan Hormat PKB ke Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA)

4 Disember 2024, Rabu : Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, Encik Mohd Azad bin Jasmi hari ini telah melakukan satu kunjungan hormat bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan ke Menara SADA hari ini.

Kunjungan hormat ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan negeri Alor Setar dan demi pembangunan negeri Kedah pada masa akan datang.

Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh dan mengekalkan hubungan baik antara PKB dan SADA untuk jangka masa yang panjang serta membawa manfaat yang berterusan kepada semua pihak.

CSR Santuni Mangsa Banjir Di Jitra Kedah

CSR Santuni Mangsa Banjir Di Jitra Kedah

3 Disember 2024, Rabu : Warga kerja Permodalan kedah Berhad (PKB) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohd Azad bin Jasmi telah menyantuni mangsa banjir di Taman Sri Utama, Jitra Kedah Darul Aman.

Sebanyak lima puluh (50) buah rumah yang menjadi mangsa kejadian banjir yang telah berlaku baru – baru ini, telah disantuni oleh warga kerja PKB.

Diharapkan sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada mangsa banjir di kawasan tersebut dan membantu mengurangkan beban yang ditanggung akibat banjir yang baru berlaku.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) antara PKB dan MADCash Sdn Bhd

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) antara PKB dan MADCash Sdn Bhd

27 November 2024, , Rabu – Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan MADCash Sdn Bhd bertempat di Ibu Pejabat MADCash di Kuala Lumpur.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi mewakili PKB dan MADCash Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Puan NurAizah binti Shamsul Baharin.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama MADCash Sdn Bhd pada masa hadapan.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKB dan SmartCore Digital Sdn Bhd

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PKB dan SmartCore Digital Sdn Bhd

26 November 2024,  Selasa – Satu perjanjian telah dimeterai antara, Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan SmartCore Digital Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama SmartCore Digital Sdn Bhd dalam membangunkan pangkalan data canggih untuk penyelidikan teknologi Islamik​ pada masa hadapan.