Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan SI International Group Bhd.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan SI International Group Bhd.

08 Januari 2025, Rabu – Satu perjanjian persefahaman telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan SI International Group Bhd.

Majlis MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman serta Penolong Pengurus Operasi, Encik Hamiz bin Redzuan.

Moga MoU ini menjadi landasan kukuh dan titik tolak kepada kerjasama yang lebih strategik serta berimpak tinggi antara PKB dan SI International Group Bhd dalam usaha menggerakkan transformasi sektor kewangan, melestarikan amalan kewangan yang berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif, serta meningkatkan kebolehpasaran kewangan di Negeri Kedah (sebagai Hub kewangan Wilayah Utara) ke tahap yang lebih gemilang dan berdaya saing di peringkat SG4 dan global.

Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, En. Azad Bin Jasmi, Melakukan Kunjungan Hormat kepada Penasihat SG4 Tun Mahathir

Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, En. Azad Bin Jasmi, Melakukan Kunjungan Hormat kepada Penasihat SG4 Tun Mahathir

07 Januari 2025, Selasa – En. Azad Bin Jasmi, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, baru-baru ini mengadakan kunjungan hormat kepada Penasihat SG4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagi membincangkan beberapa inisiatif strategik yang bertujuan memacu pembangunan Negeri Kedah.

SG4, atau Pertumbuhan Strategik 4, adalah satu rangka kerja yang direka untuk memperkukuhkan sektor-sektor utama dalam negeri Kedah, negeri-negeri lain yang turut terlibat dalam inisiatif SG4 adalah negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia, seperti Perlis, Pulau Pinang, dan Perak dengan fokus khusus pada pertanian, pelancongan, dan pembangunan modal insan. Fokus SG4 adalah untuk mempertingkatkan kerjasama antara sektor awam dan swasta serta membangunkan rangka kerja yang menyokong pertumbuhan mampan di kawasan-kawasan ini.

Kunjungan hormat ini memberi tumpuan kepada rangka kerja SG4, yang menyasarkan untuk memperkasa ekonomi Kedah melalui penyelidikan, perancangan, dan pelaksanaan program yang menyokong pertumbuhan mampan dan inovasi. Dalam sesi perbincangan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif PKB En Mohd Azad bin Jasmi dan Penasihat SG4 Tun Mahathir membincangkan usaha untuk meneroka peluang dalam meningkatkan trafik pelancong serta memperkukuhkan sektor perhotelan di Langkawi dan seluruh Kedah, dengan matlamat menjadikan Negeri Kedah sebagai destinasi utama pelawat tempatan dan antarabangsa.

Sesi pertemuan ini juga turut membincangkan perancangan strategik jangka panjang untuk Negeri Kedah, termasuk kepentingan pembangunan modal insan sebagai tonggak utama dalam menyokong pertumbuhan mampan serta inovasi merentasi semua sektor. Komitmen berterusan Permodalan Kedah Berhad untuk memperkasakan potensi ekonomi negeri ini turut ditegaskan, dengan harapan untuk memastikan masa depan yang sejahtera bagi rakyat Kedah.

Lawatan Kerja PKB Development ke Brunei Economic Development Board.

Lawatan Kerja PKB Development ke Brunei Economic Development Board.

06 Januari 2025 – Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, Encik Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Kanan PKB Development (PKBD) Encik Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira telah melakukan satu lawatan kerja ke Brunei Economic Development Board, Sabah.

Lawatan kerja ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi menyokong pembangunan negeri Kedah dan Sabah.

Semoga lawatan ini dapat memperkukuh dan mengekalkan hubungan baik PKB, PKBD dan Brunei Economic Development Board untuk jangka masa yang panjang serta membawa manfaat yang berterusan kepada semua pihak.

CSR Sumbangan Pasca Banjir

CSR Sumbangan Pasca Banjir

16 Disember 2024, Isnin : Permodalan Kedah Berhad (PKB) terus menunjukkan komitmen dalam membantu masyarakat Kedah yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. Dalam majlis penyerahan sumbangan pasca banjir yang berlangsung di Pusat Khidmat DUN Kubang Rotan, seramai 350 penerima telah menerima bantuan yang disampaikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Salleh Saidin, ADUN Kubang Rotan.

PKB diwakili oleh Encik Inas bin Ibrahim, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, bersama rakan kerjasama seperti Persatuan Hotel Malaysia Kedah Perlis, MyCar, dan Global Exhibition & Conferences (GEC). Kerjasama ini membuktikan semangat keprihatinan dan sokongan berterusan kepada komuniti yang terjejas dan memerlukan.

PKB berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mangsa banjir dan menjadi pemangkin untuk mereka kembali bangkit membina kehidupan yang lebih baik.

Mesyuarat Lembaga Pengarah PKB Kali ke 84 Bil 3/2024

Mesyuarat Lembaga Pengarah PKB Kali ke 84 Bil 3/2024

09 Disember 2024, Isnin – Mesyuarat Lembaga Pengarah Kali ke 84 Bil 3 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat YAB Menteri Besar Kedah Aras 3, Blok ‘A’ Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK, bersama Ketua – ketua Pegawai Eksekutif yang lain.

Mesyuarat ini telah diisi dengan pengisian dan laporan projek- projek selama setahun PKB serta anak-anak syarikat, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan PKB dan Negeri Kedah.