MESYUARAT PEMBENTANGAN BAJET 2024 & PELAN STRATEGIK MBI KEDAH

MESYUARAT PEMBENTANGAN BAJET 2024 & PELAN STRATEGIK MBI KEDAH

18 Mac 2024, Isnin – Penyertaan Permodalan Kedah Berhad dalam mesyuarat pembentangan Bajet 2024 dan Pelan Strategik Anak-Anak Syarikat Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah) pada 18 Mac 2024 adalah penting bagi memastikan keserasian antara objektif pelaburan dan arah strategik syarikat dengan matlamat dan keperluan negeri Kedah. 

Bajet 2024 dan Pelan Strategik memberikan pandangan yang menyeluruh mengenai langkah-langkah yang dirancang untuk memajukan pelbagai sektor ekonomi, infrastruktur, pendidikan, kesihatan, dan sosial dalam negeri Kedah. Sebagai permodalan penting dalam pembangunan ekonomi negeri.

Mesyuarat ini disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKB Mohd Azad Jasmi; Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Air Darulaman Sdn. Bhd; Ketua Pegawai Eksekutif, Kedah Agro Holdings Berhad; Pengurus, PAKA Utama Holdings Berhad; Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Berhad, Invest Kedah Berhad; Pengurus Besar, Darulaman Media & Events Sdn Bhd; Ketua Pegawai Eksekutif, Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd. 

 

TAJAAN KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK PENALTI PIALA LAGENDA KEDAH

TAJAAN KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK PENALTI PIALA LAGENDA KEDAH

09 Mac 2024, Sabtu  – Sebagai penaja utama, Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan bangga memandu dan menyokong kejayaan penganjuran Kejohanan Liga Sepak Penalti Piala Lagenda Kedah 2024, yang berlangsung di Mini Stadium MPKP,  Jitra. Dalam satu hari yang penuh semangat dalam dunia bola sepak, acara ini telah membuktikan komitmen terhadap pembangunan sukan di negeri Kedah. Sebagai penaja utama, Permodalan Kedah Berhad tidak hanya menyumbang secara kewangan, tetapi juga memberikan sokongan penuh melalui pengurusan acara dan pelbagai inisiatif pembangunan. Pihak PKB berbangga melihat Mini Stadium MPKP penuh dengan peminat bola sepak, menjadikan setiap momen berharga dan memberikan semangat baru kepada sukan di negeri Kedah.
CEO PKB MERASMIKAN PERSIDANGAN ISPE-18 LANGKAWI

CEO PKB MERASMIKAN PERSIDANGAN ISPE-18 LANGKAWI

Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Mohd Azad Bin Jasmi telah dijemput untuk merasmikan Persidangan International Symposium on Polymer Electrolytes (ISPE-18) yang dianjurkan oleh American Chemical Society (ACS) pada 11 Januari 2024 di Adya Hotel, Langkawi.
 
 
Persidangan ini bakal berlangsung pada 23 – 28 Jun 2024 sebagai platform dalam melahirkan saintis bertaraf dunia dan ke arah Saintis MADANI di mana ia memenuhi tiga tunjang asas MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan dan kreativiti.
 
 
Pengerusi ISPE-18, Prof Dr Azizan Ahmad mengulas keistimewaan penganjuran ISPE-18 di Langkawi kali ini dapat bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan beberapa rakan strategik yang lain untuk menganjurkan pertandingan berasaskan tenaga baharu seperti angin, air dan tanah.
 
 
Turut hadir bersama Naib Presidan Kanan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Nano Malaysia Berhad, Raja Riznal Raja Abidin; Pengerusi NQ Cultural Commercial Snd. Bhd., Dr Mazlan Goh Ahmad Goh serta Pengurus Hotel Adya Langkawi, Syed Muhammad Firdaus Syed Putra.
MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH BERSAMA YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH BERSAMA YAB MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Mohd Azad Bin Jasmi mengetuai Kumpulan Permodalan Kedah Berhad ke Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar Kedah Darul Aman pada pagi ini bertempat di Wisma Darul Aman.
 
Turut hadir bersama Speaker DUN Kedah, Zubir Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Bin Khazali; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang; Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Abd Rahman Abdullah dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah