LAWATAN TAPAK KE KILANG MODENAS

LAWATAN TAPAK KE KILANG MODENAS

07 Mei 2024, Selasa – Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB), En Mohd Azad Bin Jasmi bersama kumpulan PKB telah melaksanakan lawatan ke Kilang Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas). Lawatan bagi mewujudkan kerjasama antara PKB sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) penggerak dalam memastikan industri solar dapat dilihat secara menyeluruh bersama pihak pelabur – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) dan Pihak Lembaga Maktab Mahmud yang berhasrat membuat pemasangan sistem solar di seluruh Bangunan Sekolah Kelolaan Lembaga Maktab Mahmud.

Delegasi ini disambut baik oleh Pengurusan Modenas dan Malakoff diiringi pasukannya. Program lawatan dimulakan dengan ucapan kedua-dua pihak dan pihak Lembaga Maktab Mahmud diberi taklimat ringkas mengenai Pemasangan Solar Berbumbung dan pengoperasian Modenas. Delegasi lawatan seterusnya dibawa untuk melawat ke bahagian production serta melihat sistem solar.

Moga dengan kunjungan tapak ke Modenas dan kerjasama yang kukuh antara PKB bersama Malakoff dapat membangunkan projek penjimatan tenaga elektrik melalui penggunaan tenaga solar. Tambahan itu ia juga dapat mentransformasikan pembangunan ekonomi negeri dengan mengambilkira Kemampanan Alam Sekitar.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

29 April 2024, Isnin – Satu perjanjian telah termeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan RETD Korea bagi projek ‘Light Rapid Transit’ (LRT) menggunakan Sistem Teknologi MAGLEV dan ‘Transit Oriented Developments’ (TOD) untuk Pulau Langkawi, Kedah bertempat di Dewan Jamuan Negeri, Wisma Kedah Darul Aman semalam.

Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan menjalin kerjasama silang dalam melakukan kajian yang mendalam untuk mengkaji teknikal, sudut geografi dan impak ekonomi projek ini kepada penduduk tempatan.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala RETD Korea diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mr Lee Changwook.

Turut menyaksikan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor SPMK.,AMK., Menteri Besar Kedah Darul Aman dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pegerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi), YB Dr. Haim Hilman Bin Abdullah.

Hadir sama menyaksikan majlis bersejarah ini ialah seluruh warga kerja PKB.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh dalam usaha meningkatkan perkembangan industri pelancongan dan ekonomi di Kedah khususnya Pulau Langkawi.

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MENTERI BESAR KEDAH 2024

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MENTERI BESAR KEDAH 2024

18 April 2024, Khamis – Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2024 di Seri Mentaloon, Alor Setar Kedah.

En Azad bin Jasmi serta warga kerja Permodalan Kedah Berhad turut hadir bagi memeriahkan majlis rumah terbuka tersebut.

Majlis yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang itu menerima kira-kira melebihi 15,000 orang tetamu yang rata-rata terdiri daripada jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta rakyat negeri Kedah.

Pelbagai juadah disajikan kepada tetamu seperti nasi minyak, ketupat rendang, minuman, kambing golek, apom lenggang, sate, ais krim, kuetiau goreng, bihun sup, mee goreng, minuman dan sebagainya.

Moga sambutan Majlis Rumah Terbuka ini diiringi kasih sayang, kesejahteraan dan kemakmuran buat negeri dan rakyat Kedah khususnya, Insya-Allah.

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH KALI KE – 84 BIL 1/2024

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH KALI KE – 84 BIL 1/2024

31 Mac 2024,  Ahad – Mesyuarat Lembaga Pengarah Kali ke 84 Bil 1 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat YAB Menteri Besar Kedah Aras 3, Blok ‘A’ Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK, bersama Ketua – ketua Pegawai Eksekutif yang lain.

Mesyuarat ini telah diisi dengan pengisian dan laporan projek- projek semasa dan baharu PKB serta anak-anak syarikat, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan PKB.

MESYUARAT PEMBENTANGAN BAJET 2024 & PELAN STRATEGIK MBI KEDAH

MESYUARAT PEMBENTANGAN BAJET 2024 & PELAN STRATEGIK MBI KEDAH

18 Mac 2024, Isnin – Penyertaan Permodalan Kedah Berhad dalam mesyuarat pembentangan Bajet 2024 dan Pelan Strategik Anak-Anak Syarikat Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah) pada 18 Mac 2024 adalah penting bagi memastikan keserasian antara objektif pelaburan dan arah strategik syarikat dengan matlamat dan keperluan negeri Kedah. 

Bajet 2024 dan Pelan Strategik memberikan pandangan yang menyeluruh mengenai langkah-langkah yang dirancang untuk memajukan pelbagai sektor ekonomi, infrastruktur, pendidikan, kesihatan, dan sosial dalam negeri Kedah. Sebagai permodalan penting dalam pembangunan ekonomi negeri.

Mesyuarat ini disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKB Mohd Azad Jasmi; Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Air Darulaman Sdn. Bhd; Ketua Pegawai Eksekutif, Kedah Agro Holdings Berhad; Pengurus, PAKA Utama Holdings Berhad; Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Berhad, Invest Kedah Berhad; Pengurus Besar, Darulaman Media & Events Sdn Bhd; Ketua Pegawai Eksekutif, Utiliti Infra Darulaman Sdn Bhd.