Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

30 Oktober 2024, Rabu – Bertempat di bilik mesyuarat Permodalan Kedah Berhad (PKB) satu perjanjian telah dimeterai antara PKB Development Sdn Bhd dan Pensolar Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Pengurus PKB Development, Encik Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Hassan dan Penolong Pengurus, Encik Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB Development bersama Pensolar dalam bekerjasama ke arah merealisasikan projek solar dengan menyepadukan gabungan kepakaran inovasi dan teknologi serta kepintaran perniagaan yang meluas.

Majlis Pelancaran The Greater Kedah

Majlis Pelancaran The Greater Kedah

27 Oktober 2024, Ahad – Bertempat di Dewan Seri Mentaloon Alor Setar, telah berlangsung majlis Pelancaran The Greater Kedah
yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Zubir Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Wira Syed Khairol Anuar Syed Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif PKB, En Mohd Azad Bin Jasmi serta pegawai-pegawai kerajaan yang lain.

Gagasan The Greater Kedah, yang dirintis oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah melalui titah diraja, adalah sebuah visi menyeluruh yang melibatkan semua aspek penting negeri. Inisiatif ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada generasi sekarang dan yang akan datang, serta memandu negeri Kedah ke arah masa depan yang lebih cerah dan mampan.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, berkata hari ini kita bakal menyaksikan satu penjenamaan terhadap usaha yang sedang berjalan, termasuk Pelan Pembangunan Kedah 2035, pelan industri, dan kemasukan pelaburan yang sangat aktif. Semua ini dirangkum dalam gagasan The Greater Kedah, yang mensasarkan perjalanan selama 100 tahun, tetapi akan dipendekkan kepada tahun 2050.

Bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menegaskan bahawa negeri Kedah harus berusaha untuk melindungi sektor pertanian, khususnya yang berkaitan dengan warisan negeri, bagi menjamin keterjaminan makanan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap melalui rakaman video pada majlis pelancaran The Greater Kedah yang disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor pada hari Ahad yang lalu.

Moga pelancaran gagasan The Greater Kedah ini memberi manfaat bersama kepada seluruh rakyat negeri Kedah pada masa hadapan.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

24 Oktober 2024, Khamis – Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan MediConsult Sdn Bhd.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan mewakili PKB dan MediConsult Sdn Bhd diwakili oleh Pengetua Kanan – Pembangunan Industri Kesihatan & ICT Hj. Kalamhamidi Abu Bakar.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama MediConsult Sdn Bhd dalam kepakaran pelbagai sektor pembinaan dan infrastruktur kesihatan ke arah merealisasikan dan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif untuk negeri Kedah.

Kunjungan Hormat ke atas YB. Prof Dr. Haim Hilman Bin Abdullah

Kunjungan Hormat ke atas YB. Prof Dr. Haim Hilman Bin Abdullah

22 Oktober 2024, Selasa – Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad, Encik Mohd Azad bin Jasmi hari ini telah melakukan satu kunjungan hormat bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan, Encik Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Pengurus Kanan PKB Development dan Penolong Pengurus, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan ke atas YB. Prof Dr. Haim Hilman Bin Abdullah, AMK.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pegerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi), dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Kedah Encik Noor Ikhsan bin Abdul Aziz di Wisma Darul Aman hari ini.

Kunjungan hormat ini telah diisi dengan sesi suai kenal antara tiga entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan negeri Alor Setar dan demi pembangunan negeri Kedah.

Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh dan mengekalkan hubungan baik antara PKB, Invest Kedah dan Industri ndustri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi untuk jangka masa yang panjang serta membawa manfaat yang berterusan kepada semua pihak.

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU)

21 Oktober 2024, Isnin – Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan Alpha Holdings Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala Alpha Holdings Sdn Bhd diwakili oleh Dato’ Sri Marcus L. Andrew.

Sesi MoU ini turut disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Permodalan Kedah Berhad, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Pengurus PKB Development, En Ahmad Hussaini bin Dato’ Wira Hassan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Alpha Holdings Sdn Bhd dalam bekerjasama ke arah merealisasikan projek perlombongan dan mineral dengan menyepadukan gabungan kepakaran teknikal dan kepintaran perniagaan yang meluas.