๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐Š๐ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ƒ๐ž๐ฅ๐ž๐ ๐š๐ฌ๐ข ๐‘๐„๐“๐ƒ ๐๐š๐ง ๐-๐๐ฅ๐ž๐ฑ ๐ค๐ž ๐๐๐„๐ ๐Š๐ž๐๐š๐ก

Alor Setar โ€“ 17 September 2025, Isnin :
Permodalan Kedah Berhad (PKB) bersama delegasi dari RETD Korea dan Q-Plex telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) bagi membincangkan perkembangan semasa serta potensi kerjasama strategik yang dapat menyokong aspirasi pembangunan negeri.

Kunjungan ini memberi ruang kepada semua pihak untuk berkongsi pandangan, menyelaras hala tuju bersama serta memperkukuh pemahaman terhadap peluang kolaborasi yang boleh diterokai, khususnya dalam projek-projek berimpak tinggi yang berpotensi memacu pembangunan ekonomi dan meningkatkan kemudahan untuk masyarakat.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan, Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize Eksekutif Korporat Komunikasi dan Penjenamaan serta Cik Nor Shada binti Md Dahlal Eksekutif Muda telah disantuni oleh Pengurusan BPEN.

Manakala delegasi RETD diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat RETD Korea Encik Dusun Kim dan bagi syarikat Q-Plex adalah Datoโ€™ Mohamed Tiar Sharif.

Delegasi PKB, RETD dan Q-Plex telah disantuni oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Y.Bhg. Datoโ€™ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, DSSS.,AMK.,BCK. turut sama bersama pegawai utama yang lain.

Pertemuan ini turut mempertegas komitmen PKB untuk meneruskan peranan sebagai pemacu strategik dalam meneroka inisiatif baharu bersama rakan kerjasama antarabangsa dan tempatan, selaras dengan agenda pembangunan negeri Kedah.

PKB berharap hubungan erat ini akan terus diperkukuh, seterusnya membuka lebih banyak peluang kerjasama berstrategik yang memberi manfaat jangka panjang kepada negeri dan rakyat.