Kuala Lumpur, 09 Oktober 2025 (Khamis) : Wakil daripada Permodalan Kedah Berhad (PKB) yang diketuai oleh Encik Mohd Azad bin Jasmi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, bersama Puan Muzzaini binti Abd Rahman Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Encik Mohd Hamiz bin Redzuan Penolong Pengurus Operasi, telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pembangunan dan Perancangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kuala Lumpur.
Kunjungan ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan meneroka potensi kerjasama strategik antara PKB dan TLDM dalam aspek pembangunan serta pelaburan masa hadapan.