11 Mei 2025, Ahad : Delegasi Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan lawatan tapak rasmi ke Penang Port Sdn. Bhd. sempena persiapan bagi eksport pertama pasir silika dari Lot 1086, Mukim Terap ke Taiwan.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Badrudi bin Haji Hamid, Pengurus Pentadbiran dan Kewangan mewakili PKB,  bersama Encik Mohd Saifuddin bin Hassan Pengerusi PKB Development Sdn bhd dan juga kakitangan iaitu Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan, Puan Norsyazwani binti Mustaffa serta Encik Raimy Izwan bin Muhamad Rozali. Lawatan ini juga dihadiri oleh pihak operator kuari Dinasti Amwan Sdn Bhd.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau proses penghantaran silika (eksport) ke Taiwan kali pertama.

Semoga inisiatif ini membuka lembaran baharu dalam pembangunan ekonomi negeri Kedah, khususnya dalam memperluas pasaran eksport dan memperkukuh rantaian bekalan industri mineral tempatan.