𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐏𝐊𝐁 𝐤𝐞 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐛𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 (𝐋𝐏𝐏) 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡
Alor Setar – 3 November 2025, Isnin : Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Kedah bagi memperkukuh hubungan strategik serta meneroka potensi kerjasama dalam sektor pembangunan tanah dan pertanian komersial di Negeri Kedah.
Kunjungan ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKB, Encik Azad bin Mohd Jasmi, disertai oleh Puan Muzzaini binti Abd Rahman, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Encik Hamiz bin Mohd Redzuan, Penolong Pengurus Operasi, dan Encik Muhammad Syazmi Aiman bin Abd Razak, Eksekutif Muda.
Delegasi PKB telah disambut mesra oleh Puan Nor Rahila binti Mohd Yusof, Pemangku Pengarah LPP Negeri Kedah, bersama barisan pengurusan kanan LPP.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan mengenai potensi kolaborasi strategik antara PKB dan LPP Kedah dalam memperkukuh rantaian nilai sektor pertanian, mempertingkat kecekapan pengurusan sumber, serta memperluas peluang pelaburan berimpak tinggi kepada komuniti peladang negeri.
Kunjung hormat ini mencerminkan komitmen PKB untuk terus menjalinkan hubungan erat dengan agensi-agensi utama negeri dalam usaha memperkukuh ekosistem pelaburan dan memperluas impak sosial kepada rakyat Kedah.