๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐˜๐„๐๐€ (๐Œ) ๐’๐๐ง. ๐๐ก๐. ๐ค๐ž ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐

Alor Setar – 31 Julai 2025, Khamis; Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah menerima kunjungan hormat daripada wakil YEPA (M) Sdn. Bhd. yang hadir dari China, bertempat di Ibu Pejabat PKB, Alor Setar.

Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin hubungan awal serta meneroka potensi kerjasama strategik dalam sektor pembangunan dan pelaburan yang berimpak tinggi di negeri Kedah. Turut diadakan sesi perbincangan dua hala melibatkan pertukaran pandangan dan cadangan ke arah kolaborasi yang mampan.

PKB amat mengalu-alukan kedatangan rakan strategik antarabangsa seperti YEPA (M) Sdn. Bhd. dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama global demi menyokong agenda pembangunan ekonomi negeri secara holistik dan berdaya saing.

๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐˜๐€๐ ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐ค๐ž ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ ๐’๐ž๐ฆ๐ฉ๐ž๐ง๐š ๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐€๐ก๐ฅ๐ข ๐‹๐ž๐ฆ๐›๐š๐ ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐Š๐š๐ฅ๐ข ๐ค๐ž-๐Ÿ–๐Ÿ“ ๐๐ข๐ฅ ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Alor Setar – 29 Julai 2025, Selasa: Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan penuh hormat dan penghargaan telah menerima kunjungan rasmi julung kali oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah PKB, sempena Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PKB Kali ke-85 Bil 1/2025 yang telah berlangsung di ibu pejabat PKB.

Lawatan kerja ini merupakan satu detik bersejarah buat warga kerja PKB, yang bukan sahaja berpeluang untuk berkongsi perkembangan semasa syarikat secara terus kepada YAB Menteri Besar, malah turut menerima amanat dan pandangan strategik daripada beliau dalam usaha memperkasa peranan PKB sebagai pemacu pembangunan ekonomi negeri Kedah.

Turut hadir dalam sesi ini ialah barisan Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi PKB. Mesyuarat kali ini menekankan hala tuju strategik syarikat bagi tahun 2025/2026 termasuk tumpuan kepada projek-projek berimpak tinggi, inisiatif digitalisasi serta pengukuhan keupayaan anak-anak syarikat.

Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar bersama warga kerja dan lawatan ringkas ke sekitar ruang operasi pejabat PKB. Semangat kolaborasi dan aspirasi yang tinggi daripada pimpinan tertinggi negeri menjadi suntikan semangat baharu buat seluruh pasukan PKB untuk terus melangkah maju, seiring visi negeri Kedah sebagai negeri berdaya maju dan berdaya saing.

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐˜๐Œ ๐‘๐š๐ฃ๐š ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐€๐ณ๐ฐ๐š๐ง๐ž ๐›๐ข๐ง ๐‘๐š๐ฃ๐š ๐€๐ซ๐ข๐Ÿ๐Ÿ ๐ค๐ž ๐๐Š๐

Alor Setar – 2 Julai 2025, Rabu: Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah menerima kunjungan hormat daripada YM Raja Datoโ€™ Azwane bin Raja Ariff ke atas Ketua Pegawai Eksekutif PKB di ibu pejabat PKB, Alor Setar.

Kunjungan ini merupakan platform strategik untuk memperkukuh jaringan hubungan serta membincangkan potensi kerjasama yang boleh dimanfaatkan antara kedua-dua pihak. Dalam sesi penuh mesra dan berinformasi ini, pelbagai pandangan serta idea bernas telah dikongsi bagi memperkasakan pembangunan ekonomi negeri Kedah, sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan yang digariskan oleh PKB.

PKB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YM Raja Datoโ€™ Azwane di atas kesudian mengadakan lawatan ini. Semoga pertemuan ini membuka ruang kepada inisiatif bersama yang lebih konstruktif dan memberi impak positif kepada rakyat dan negeri Kedah secara keseluruhan.