
𝐊𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐊𝐁 𝐤𝐞 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠
Alor Setar – 26 Mei 2025, Isnin: Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB), Encik Mohd Azad bin Jasmi, telah mengetuai Kumpulan PKB dalam satu kunjungan hormat ke Pejabat Daerah & Tanah Baling. Delegasi tersebut turut disertai oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman; Penolong Pengurus Operasi, Encik Mohd Hamiz bin Redzuan; serta wakil PKB Development Sdn. Bhd., Encik Raimy Izwan bin Muhamad Rozali.
Kunjungan hormat ini telah disambut mesra oleh Pegawai Daerah Baling, Tuan Yazlan Sunardie bin Che Yahaya, AMK., BCK., BKM., bersama barisan pegawai kanan Pejabat Daerah & Tanah Baling.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara PKB dan Pejabat Daerah & Tanah Baling, di samping membuka ruang perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik dalam pelbagai inisiatif pembangunan. Usaha ini selaras dengan aspirasi untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, khususnya di negeri Kedah.
Pertemuan turut diisi dengan sesi suai kenal antara wakil kedua-dua pihak serta pertukaran pandangan mengenai hala tuju pembangunan dan peluang kolaborasi jangka panjang yang dapat dimanfaatkan bersama.
PKB berharap kunjungan ini akan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat dan berterusan antara kedua-dua entiti, sekali gus menyumbang secara langsung ke arah pembangunan negeri Kedah secara holistik dan inklusif.