
Lawatan Tapak ke Right5pace Logistics Sdn Bhd
23 April 2025, Rabu : Delegasi Permodalan Kedah Berhad (PKB) yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Encik Mohd Azad bin Jasmi, bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd Rahman dan Penolong Pengurus Operasi Encik Hamiz bin Redzuan telah mengadakan lawatan rasmi ke kilang Right5pace Logistics Sdn Bhd, sebuah syarikat logistik yang berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 2023.
Right5pace Logistics Sdn Bhd, berpusat di Klang, Selangor, menawarkan penyelesaian logistik menyeluruh termasuk perkhidmatan pihak ketiga (3PL) seperti penyimpanan, pengurusan inventori, penghantaran, penerimaan, pengambilan dan pembungkusan, serta pengurusan logistik terbalik (pemulangan) . Dengan penggunaan sistem pengurusan gudang (WMS) terkini, syarikat ini memastikan operasi yang efisien dan tepat, memenuhi keperluan pelanggan dari pelbagai industri.
Sepanjang lawatan, delegasi PKB telah dibawa dan berpeluang meninjau operasi logistik berteknologi tinggi secara langsung, mendalami proses pengurusan rantaian bekalan (supply chain) dan berkongsi pandangan dan idea untuk pembangunan sektor industri di Kedah kelak.
Moga dengan kunjungan tapak ke kilang Right5pace diharap dapat membuka ruang inovasi dan memperkasakan ekosistem logistik negeri kelak.

