𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐛𝐮 𝐀𝐥𝐨𝐫 𝐒𝐞𝐭𝐚𝐫
Alor Setar – 06 Mac 2025, Khamis: Bertempat di bilik mesyuarat Permodalan Kedah Berhad (PKB) satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Koperasi Pekan Rabu.
Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus, Encik Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan serta delegasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad telah diketuai oleh Pengurus Koperasi Pekan Rabu Encik Izahar bin Ibrahim yang turut sama bersama pegawai utama yang lain.
Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Koperasi Pekan Rabu dalam merealisasikan kerjasama strategik melalui bidang tenaga solar, satu langkah ke hadapan demi menjayakan agenda kelestarian dan tenaga hijau di Kedah.