𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐮) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐂𝐚𝐬𝐡 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐮) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐂𝐚𝐬𝐡 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

Kuala Lumpur – 27 November 2024, Rabu: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan MADCash Sdn Bhd bertempat di Ibu Pejabat MADCash di Kuala Lumpur.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi mewakili PKB dan MADCash Sdn Bhd diwakili oleh Pengarah Puan NurAizah binti Shamsul Baharin.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama MADCash Sdn Bhd pada masa hadapan.

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐦𝐚𝐫𝐭𝐂𝐨𝐫𝐞 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐦𝐚𝐫𝐭𝐂𝐨𝐫𝐞 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

Alor Setar – 26 November 2024,  Selasa: Satu perjanjian telah dimeterai antara, Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan SmartCore Digital Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama SmartCore Digital Sdn Bhd dalam membangunkan pangkalan data canggih untuk penyelidikan teknologi Islamik​ pada masa hadapan.

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐞𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐢 𝐖𝐚𝐥𝐥 𝐏𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐞𝐬 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐞𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐢 𝐖𝐚𝐥𝐥 𝐏𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐞𝐬 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝

Alor Setar – 24 November 2024,  Ahad: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan Uni Wall Properties Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Permodalan Kedah Berhad, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Uni Wall Properties Sdn Bhd dalam bekerjasama ke arah merealisasikan dan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang berkualiti tinggi, mampan, dan inovatif.

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐂𝐄𝐍

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐫𝐚𝐧𝐝𝐮𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐟𝐚𝐡𝐚𝐦𝐚𝐧 (𝐌𝐨𝐔) 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐊𝐁 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐂𝐄𝐍

Alor Setar – 13 November 2024, Rabu: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan Acen-Silverwolf Pte.Ltd bertempat di Bilik Mesyuarat, Permodalan Kedah Berhad, Alor Setar, Kedah.

PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala ACEN – Silverwolf Pte.Ltd telah diwakili oleh Pengarah Mr Kelvin Yuen.

Sesi MoU ini turut disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Permodalan Kedah Berhad, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama ACEN – Silverwolf Pte.Ltd dalam bekerjasama ke arah merealisasikan projek tenaga bersih dan boleh diperbaharui dengan menyepadukan gabungan kepakaran teknikal dan kepintaran perniagaan yang meluas.

𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐋𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐅𝐮𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐋𝐞𝐚𝐝𝐞𝐫𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒

Alor Setar – 04 November 2024, Isnin: Bertempat di Dewan KCS, Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN) telah berlangsung sebuah majlis penyerahan watikah kepada pelatih program graduan berpretasi tinggi negeri Kedah Darul Aman (Kedah Future Leaders) Tahun 2024.

Seramai dua puluh lima (25) graduan telah dipilih untuk menyertai Program Kedah Future Leaders, sebuah inisiatif yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Institut Pengurusan dan INSPIN. Program ini bertujuan memberikan pengalaman berprestasi tinggi kepada para graduan dari negeri Kedah, sekaligus membentuk mereka menjadi pemimpin masa depan yang berwawasan dan berjiwa besar.

Menurut YB Dr. Haim Hilman Abdullah lagi, program ini selaras dengan titah Sultan Kedah yang menekankan pentingnya persiapan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran, baik dari segi ekonomi mahupun politik. Beliau berkata, para peserta perlu memiliki kesungguhan dan keinginan untuk menjadi luar biasa, kerana sejarah menunjukkan bahawa banyak pemimpin negara yang berjaya berasal dari Kedah.

Turut hadir mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Kedah Berhad (PKB) iaitu Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Encik Badrudi bin Haji Hamid dan Eksekutif Tadbir Encik Mohammad Inas bin Ibrahim.

Moga program ini memberi manfaat kepada para graduan tersebut dan diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan negeri Kedah dan seterusnya memainkan peranan penting dalam kepimpinan negara pada masa hadapan.