๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐€๐‹๐ ๐๐Š๐ ๐‡๐จ๐ญ๐ž๐ฅ ๐๐š๐ง ๐‡๐Ž๐ƒ ๐‡๐จ๐ญ๐ž๐ฅ ๐€๐๐ฒ๐š

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐€๐‹๐ ๐๐Š๐ ๐‡๐จ๐ญ๐ž๐ฅ ๐๐š๐ง ๐‡๐Ž๐ƒ ๐‡๐จ๐ญ๐ž๐ฅ ๐€๐๐ฒ๐š

Langkawi – 28 Ogos 2024, Rabu: Satu perjumpaan dan perbincangan antara Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kedah Berhad (PKB) Hotel Management & Services Sdn Bhd dan Ketua Jabatan Hotel Adya telah diadakan di Hotel Adya, Langkawi Kedah Darul Aman.

Tujuan program ini adalah untuk mengenal pasti perkembangan dan laporan PKB Hotel sepanjang tempoh dari bulan Januari hingga Ogos 2024.

Diharapkan agar mesyuarat ini dapat memberikan manfaat yang berguna kepada semua yang terlibat pada hari tersebut.

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐๐š๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐Œ๐ž๐ฆ๐จ๐ซ๐š๐ง๐๐ฎ๐ฆ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐Ÿ๐š๐ก๐š๐ฆ๐š๐ง (๐Œ๐จ๐”) ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐Š๐ ๐๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐

Alor Setar – 20 Ogos 2024, Selasa: Satu perjanjian telah dimeterai antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Koperasi Pembangunan Perumahan Malaysia Berhad bertempat di Bilik Mesyuarat, Wisma PKNK Alor Setar, Kedah.

Sesi MoU ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman mewakili PKB dan Koperasi Pembangunan Perumahan Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusi Haji. Yusof bin Mat Nasir dan disaksikan oleh Penasihat.

Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Koperasi Pembangunan Perumahan Malaysia Berhad untuk membangunkan sektor perumahan di Negeri Kedah.

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Œ๐ž๐ง๐š๐ง๐๐š๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ง๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐”๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐Š๐ ๐๐š๐ง ๐“๐ž๐ ๐ฎ๐ก ๐‡๐š๐ซ๐ข๐š๐ง

Alor Setar – 20 Ogos 2024, Selasa: Bertempat di Bilik Mesyuarat, Wisma PKNK telah termeterai satu perjanjian usahasama antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Teguh Harian Group.

Sesi ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman mewakili PKB dan Teguh Harian Group diwakili Mr Peh Yueh Han Pengarah Urusan dan disaksikan oleh Mr Law Hoo Chew Pengurus Perancangan dan Pembangunan Hartanah.

Moga ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh antara PKB bersama Teguh Harian Group dalam bekerjasama ke arah merealisasikan projek perumahan mampu milik untuk rakyat negeri Kedah.

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐Š๐ ๐ค๐ž ๐”๐”๐Œ ๐‡๐จ๐ฅ๐๐ข๐ง๐ ๐ฌ ๐’๐๐ง ๐๐ก๐

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐Š๐ ๐ค๐ž ๐”๐”๐Œ ๐‡๐จ๐ฅ๐๐ข๐ง๐ ๐ฌ ๐’๐๐ง ๐๐ก๐

Sintok – 18 Ogos 2024, Ahad: Delegasi Permodalan Kedah Berhad telah melakukan kunjungan hormat ke UUM Holdings Sdn Bhd.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan, Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan dan Eksekutif Korporat Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize telah disantuni oleh Pengurusan UUM Holdings Sdn Bhd.

Sesi kunjungan hormat ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, sesi suai kenal antara dua entiti, di samping membina jaringan komunikasi yang strategik bagi kepentingan kedua-dua belah pihak demi pembangunan negeri Kedah.

Delegasi UUM Holdings Sdn Bhd telah diketuai oleh Pengarah Ekesekutif, En. Azman Hisham Che Doi yang turut sama bersama pegawai utama yang lain.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB โ€“ UUM Holdings Sdn Bhd untuk jangka masa yang panjang.

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐’๐ก๐š๐ก๐ง๐š๐ณ ๐‡๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ก๐œ๐š๐ซ๐ž ๐ค๐ž ๐๐Š๐

๐Š๐ฎ๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐‡๐จ๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐’๐ก๐š๐ก๐ง๐š๐ณ ๐‡๐ž๐š๐ฅ๐ญ๐ก๐œ๐š๐ซ๐ž ๐ค๐ž ๐๐Š๐

Alor Setar – 18 Ogos 2024, Ahad: Bertempat di Hotel Jerai,ย  Alor Setar Kedah telah berlangsung satu mesyuarat di antara Shahnaz Healthcare dan Permodalan Kedah Berhad.

Delegasi Shahnaz Healthcare telah disantuni oleh Pengurusan PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi, Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman dan Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuanย 

Lawatan ini telah diisi dengan pengisian antaranya perkongsian peranan antara kedua-dua entiti, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan kedua-dua pihak dan pembangunan negeri Kedah.

Moga lawatan ini memberi sedikit perkongsian ilmu serta mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – Shahnaz Healthcare untuk jangka masa yang panjang.