
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐๐ง๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ง๐ข ๐๐ฆ๐๐จ๐ซ๐๐ง๐๐ฎ๐ฆ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐ง (๐๐จ๐) ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐จ๐ซ๐๐
Alor Setar – 29 April 2024, Isnin: Satu perjanjian telah termeterai antara Permodalan Kedah Berhad dan RETD Korea bagi projek โLight Rapid Transitโ (LRT) menggunakan Sistem Teknologi MAGLEV dan โTransit Oriented Developmentsโ (TOD) untuk Pulau Langkawi, Kedah bertempat di Dewan Jamuan Negeri, Wisma Kedah Darul Aman semalam.
Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan menjalin kerjasama silang dalam melakukan kajian yang mendalam untuk mengkaji teknikal, sudut geografi dan impak ekonomi projek ini kepada penduduk tempatan.
PKB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En Mohd Azad Bin Jasmi manakala RETD Korea diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mr Lee Changwook.
Turut menyaksikan Yang Amat Berhormat Datoโ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor SPMK.,AMK., Menteri Besar Kedah Darul Aman dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pegerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi), YB Dr. Haim Hilman Bin Abdullah.
Hadir sama menyaksikan majlis bersejarah ini ialah seluruh warga kerja PKB.
Moga MoU ini menjadi titik tolak kerjasama yang lebih utuh dalam usaha meningkatkan perkembangan industri pelancongan dan ekonomi di Kedah khususnya Pulau Langkawi.


