
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐠𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐊𝐁 𝐊𝐚𝐥𝐢 𝐊𝐞 – 𝟖𝟒 𝐁𝐢𝐥 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒
Alor Setar – 31 Mac 2024, Ahad: Mesyuarat Lembaga Pengarah Kali ke 84 Bil 1 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat YAB Menteri Besar Kedah Aras 3, Blok ‘A’ Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK, bersama Ketua – ketua Pegawai Eksekutif yang lain.
Mesyuarat ini telah diisi dengan pengisian dan laporan projek- projek semasa dan baharu PKB serta anak-anak syarikat, perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan PKB.


