Pengurus PKB Capital Sdn Bhd iaitu Puan Maizatul Miza binti Mohd Disa, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Kedah Berhad (PKB), Encik Mohd Azad bin Jasmi, telah hadir bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang Fun Run serta pelbagai pertandingan sempena Majlis Sambutan Jubli Intan 70 Tahun SK Simpang 3, Padang Hang, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Majlis yang penuh meriah ini bukan sahaja meraikan ulang tahun ke-70 sekolah tersebut, malah menjadi platform mengeratkan hubungan antara murid, ibu bapa, komuniti setempat dan para pendidik. PKB berbesar hati dapat bersama-sama memeriahkan program komuniti yang memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah dan kesejahteraan masyarakat.
Alhamdulillah, sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKST, khususnya Tuan Guru Besar, para pendidik, serta Puan YDP dan barisan AJK PIBG SKST, atas usaha dan komitmen dalam menjayakan penganjuran majlis ini dengan begitu cemerlang. Semoga SKST terus maju, gemilang dan menjadi sekolah pilihan komuniti pada masa akan datang.