Alor Setar, 22 & 23 Oktober 2025, Selasa & Rabu : Bertempat di Dewan Insaniah, Kompleks Pembangunan Asnaf (UniSHAMS), Mergong, Alor Setar telah berlansung Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025 peringkat Negeri Kedah telah berlangsung dengan penuh meriah.

Acara dwitahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ini diraikan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan warga profesion teknikal yang menjadi tulang belakang kepada kemajuan dan pembangunan infrastruktur negara.

Bertemakan โ€œMengorak Inovasi Masa Depan; Demi Kemanusiaanโ€, HPTN 2025 menekankan kepentingan inovasi dan teknologi yang berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar ianya selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datoโ€™ Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria, DSSS., SSS., AMK., BKM., Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Negeri Kedah.Turut hadir YBrs. Ir. Mohd Fisal Bin Ismail, Pengarah JKR Negeri Kedah bersama barisan pegawai kanan JKR Negeri Kedah.

Di reruai PKB Builders Sdn. Bhd., tetamu kehormat telah diiringi oleh En. Mohd Salahuddin bin Mohd Anor, Pengarah PKB Builders, yang hadir mewakili syarikat tersebut, serta Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize, Eksekutif Korporat Permodalan Kedah Berhad (PKB), yang turut mewakili PKB. Kehadiran mereka bagi menyambut kunjungan tetamu dan memperkenalkan pelbagai inisiatif, projek strategik serta peranan kumpulan PKB dalam menyokong agenda pembangunan negeri Kedah kepada para delegasi.

Sebagai antara 20 pempamer yang turut serta, Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan PKB Builders Sdn Bhd berbangga dapat menyertai pameran ini dengan menampilkan pelbagai inisiatif pembangunan hartanah, perkhidmatan pembinaan serta projek strategik yang menyokong agenda pembangunan negeri Kedah.

Penyertaan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik antara agensi teknikal dan entiti pembangunan negeri, tetapi turut membuka peluang kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah untuk mengenali lebih dekat bidang teknikal serta peranan PKB dan PKB Builders dalam memacu pembangunan negeri.

PKB dan PKB Builders mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat dalam menjayakan HPTN 2025. Komitmen ini membuktikan sokongan berterusan PKB terhadap pembangunan mampan, inovatif dan berteraskan nilai kemanusiaan di Negeri Kedah dan Malaysia secara keseluruhan.