Alor Setar – 16 November 2025, Ahad: Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Beatific Planning sebagai langkah memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan inisiatif yang mampu menyokong agenda pertumbuhan PKB serta memperluas potensi nilai kepada pihak berkepentingan.
Majlis ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Encik Mohd Azad bin Jasmi, dan disaksikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan, Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan dan Cik Nor Shada binti Md Dahlal Eksekutif Muda serta wakil utama dari pihak Beatific Planinng iaitu Encik Che Ahmad Rahiman Che Rozaid, Encik Hadaif Azwan Hasnizam dan Encik Akmal Faiz bin Nor Zaini.
Pemeterian MoU ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka peluang kolaborasi dalam bidang yang saling melengkapi, termasuk penyelarasan kepakaran, peningkatan kecekapan operasi, serta pelaksanaan program berimpak yang memberi manfaat kepada komuniti dan pembangunan ekonomi negeri.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen PKB untuk terus membina rangkaian strategik dengan organisasi yang berpotensi, sejajar dengan aspirasi syarikat untuk memperkukuh daya saing dan menyumbang kepada pembangunan mapan di Kedah.