Shah Alam – 12 November 2025, Rabu: Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan kunjung hormat ke Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta menjalin jaringan kerjasama yang berpotensi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Kunjungan ini diketuai oleh Puan Muzzaini binti Abd Rahman, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Encik Hamiz bin Mohd Redzuan, Penolong Pengurus Operasi, dan Encik Muhammad Syazmi Aiman bin Abd Razak, Eksekutif Muda.

Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua organisasi untuk bertukar pandangan mengenai peluang kolaborasi, pertukaran pengetahuan serta pengukuhan hubungan kerja dalam pelbagai bidang yang mampu menyokong pembangunan masyarakat secara menyeluruh.

Kunjung hormat ini mencerminkan komitmen PKB untuk terus memperluas jalinan strategik dengan institusi utama negara dalam usaha memantapkan peranan korporat serta menyumbang kepada kesejahteraan komuniti.