Alor Setar – 31 Julai 2025, Khamis; Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah menerima kunjungan hormat daripada wakil YEPA (M) Sdn. Bhd. yang hadir dari China, bertempat di Ibu Pejabat PKB, Alor Setar.

Kunjungan ini bertujuan untuk menjalin hubungan awal serta meneroka potensi kerjasama strategik dalam sektor pembangunan dan pelaburan yang berimpak tinggi di negeri Kedah. Turut diadakan sesi perbincangan dua hala melibatkan pertukaran pandangan dan cadangan ke arah kolaborasi yang mampan.

PKB amat mengalu-alukan kedatangan rakan strategik antarabangsa seperti YEPA (M) Sdn. Bhd. dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama global demi menyokong agenda pembangunan ekonomi negeri secara holistik dan berdaya saing.