Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Alor Setar, bersama delegasi pengurusan kolej, di Ibu Pejabat PKB pada hari ini. Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi serta meneroka ruang kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada komuniti dan pembangunan modal insan di negeri Kedah.
Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua-dua pihak berkongsi aspirasi dan peluang kolaborasi meliputi program pendidikan, latihan industri, pembangunan bakat pelajar, serta penganjuran aktiviti bersama yang berpotensi meningkatkan kompetensi dan kebolehpasaran graduan. PKB turut menzahirkan komitmen untuk menyokong inisiatif pembangunan anak muda serta memanfaatkan kepakaran kedua-dua organisasi bagi membuka lebih banyak peluang kerjasama jangka panjang.
PKB mengucapkan penghargaan kepada Pengarah KPTM Alor Setar dan barisan kepimpinan kolej atas kunjungan hormat ini. Semoga perbincangan yang terjalin menjadi asas kepada hubungan strategik yang lebih kukuh, sekaligus menyokong agenda pembangunan negeri dan masyarakat Kedah.