Alor Setar โ€“ 17 November 2025, Isnin : Permodalan Kedah Berhad (PKB) bersama delegasi dari RETD Korea telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) bagi membincangkan perkembangan semasa serta peluang kerjasama baharu yang berpotensi menyokong agenda pembangunan negeri Kedah.

Kunjungan ini menjadi medan dialog antara dua hala yang memperkukuh rangkaian diplomasi pelaburan antara Kedah dan pihak Korea. Perbincangan tertumpu kepada usaha meneroka projek – projek strategik berimpak tinggi termasuk pembangunan terancang, teknologi pintar, dan penyelesaian tenaga yang selari dengan aspirasi ekonomi negeri dan keupayaan teknologi rakan Korea.ย 

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan, Cik Hafizatul Nasuha binti Amir Hafize Eksekutif Komunikasi Korporat serta Cik Nor Shada binti Md Dahlal Eksekutif Projek telah disantuni oleh Pengurusan BPEN.

Delegasi RETD Korea diwakili oleh Encik Dusun Kim, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

Rombongan telah diterima dengan penuh hormat oleh Y.Bhg. Datoโ€™ Haji Mohd Fauzi bin Mustaffa, DSSS.,AMK.,BCK. Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, bersama barisan pengurusan kanan BPEN.ย 

Pertemuan ini memperkukuhkan lagi komitmen PKB untuk memainkan peranan sebagai pemacu strategik pembangunan negeri dengan membina rangkaian kerjasama antarabangsa yang kukuh, khususnya bersama pelabur Korea yang terkenal dengan kepakaran teknologi tinggi, kecekapan industri, dan rekod kukuh dalam pelaburan luar negara.

PKB optimis bahawa hubungan erat ini akan terus berkembang, membuka lebih banyak pintu kepada kerjasama strategik yang bukan sahaja memperkukuh daya saing ekonomi Kedah, malah memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat serta para pelabur global yang memilih Kedah sebagai destinasi pelaburan utama.ย