Alor Setar – 21 Januari 2026, Rabu : Permodalan Kedah Berhad (PKB) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Mr. Mirza Vejzagic, Vice President Malaysia Bosnia and Herzegovina Business Council (MBBC) sebagai langkah memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Kunjungan ini bertujuan meneroka peluang kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan dan pembangunan ekonomi yang berpotensi memberi manfaat bersama, di samping membuka ruang jaringan perniagaan serta pertukaran idea dan kepakaran.

PKB amat mengalu-alukan inisiatif MBBC dalam memperkukuh hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dan Bosnia & Herzegovina, dan berharap kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat serta berimpak positif pada masa hadapan.