26 September 2024, Khamis : Warga kerja Permodalan kedah Berhad (PKB) bersama Yayasan Nurjiwa telah menyantuni mangsa banjir di Kampung Lubok Batu, Jitra Kedah Darul Aman.
Seramai dua ratus lima puluh (250) rumah yang terlibat dalam kejadian banjir tersebut, telah disantuni oleh warga kerja PKB yang turut dibantu oleh warga kerja Yayasan Nurjiwa.
Pengasas Yayasan Nur Jiwa merupakan penyanyi nombor satu negara Malaysia, Datoโ Sri Siti Nurhaliza serta suami, Datoโ Sri Khalid Mohamad Jiwa yang dikenali sebagai Datuk K. Sikap prihatin dan mulia pasangan ini sangat komited untuk menyokong pelbagai inisiatif amal. Yayasan ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, khususnya dalam situasi darurat seperti bencana alam.
Dengan pengalaman dan pengaruh yang mereka miliki, Dato’ Siti dan Datuk K berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya memberi sokongan kepada mereka yang terjejas. Melalui usaha ini, mereka memupuk semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan komuniti.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa setempat dan meringankan beban mereka yang terkesan akibat banjir yang melanda baru-baru ini.



