Universiti Sains Malaysia (USM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah) dan Permodalan Kedah Berhad (PKB) untuk menjalin kerjasama strategik dalam beberapa sektor industri utama yang memberi manfaat kepada kesemua pihak terbabit.

Majlis penandatanganan MoU itu disempurnakan Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah, Tuan Haji Muhamad Sobri Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif PKB, Abdul Rahman Din.

Majlis MoU tersebut diadakan di Wisma Darul Aman, Kedah itu disaksikan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga merupakan alumni USM menyambut baik hasrat kerjasama USM, MBI dan juga PKB atas jalinan kerjasama pembangunan projek Gerbang@USM dan Projek Penginapan dan Perumahan Desasiswa di atas tanah USM Kampus Kejuruteraan, Transkrian, Pulau Pinang secara BOT (Build, Operate & Transfer)

Komponen Projek ini meliputi komplek sukan, kedai, hypermarket, stesen minyak, restoran makanan segera, surau terapung serta Laman Nadi yang berkonsepkan ‘Foodtruck’, ‘Carboot Sales’ dan lain-lain. Projek Penginapan dan Perumahan Desasiswa pula merangkumi 200 unit bilik standard, 156 unit bilik eksekutif, 44 unit bilik suite dan 20 unit rumah kelamin yang boleh menempatkan 1,000 orang pelajar. Kos pembangunan bagi kedua-dua projek dianggarkan berjumlah RM48 juta dan tempoh pembangunan selama 36 bulan.

Share This