1 Julai 2024, Isnin – Permodalan Kedah Berhad telah melakukan lawatan ke Bina Darul Aman Berhad., Ibu Pejabat, Alor Setar.

Delegasi PKB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azad bin Jasmi bersama Pengurus Pembangunan Perniagaan Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi En Mohd Hamiz bin Redzuan dan Penolong Pengurus PKB Development, Ts. Muhammad Nazmi bin Azizan telah disantuni oleh Pengurusan BDB.

Lawatan ini telah diisi dengan perbincangan berkenaan hala tuju yang boleh dilaksanakan secara bersama, perkongsian peranan antara kedua-dua syarikat, serta perbincangan perkara-perkara lain demi kebaikan kedua-dua pihak untuk pembangunan negeri Kedah.

Delegasi BDB telah diketuai oleh Pengarah Ekesekutif, YM Raja Shahreen yang turut sama bersama pegawai utama yang lain.

Moga kunjungan ini akan terus mengekalkan kelangsungan hubungan baik PKB – BDB untuk jangka masa yang panjang.

Share This