
Merbok, Kedah – 3 Mac 2026 : Permodalan Kedah Berhad (PKB) telah mengadakan sesi kunjung hormat ke Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok sebagai usaha memperkukuh hubungan dan jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Delegasi PKB diketuai oleh Pengurus Besar Puan Muzzaini binti Abd. Rahman, Penolong Pengurus Operasi Encik Mohd Hamiz bin Redzuan dan Eksekutif Projek Encik Muhammad Syazmi Aiman bin Abd Razak. Kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan profesional dengan sesi perbincangan ringkas mengenai peranan serta fungsi organisasi masing-masing.
PKB berharap hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan melalui komunikasi dan kolaborasi yang berterusan pada masa hadapan.

