Kerjasama Strategik: Memperkasakan Akses Pembiayaan Projek Bersama Ahmad Rusydi Md Nor & Partners

Permodalan Kedah Berhad

29 April 2026 – Permodalan Kedah Berhad (PKB) hari ini secara rasmi memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama firma guaman Ahmad Rusydi Md Nor & Partners bagi memperkukuh platform pemudahcara pembiayaan untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta usahawan di Kedah dan seluruh Malaysia.

Kerjasama strategik ini bertujuan merapatkan jurang antara peserta projek dan institusi kewangan melalui penyediaan sokongan strategik, khidmat nasihat korporat dan perundangan, serta penyelarasan proses permohonan pembiayaan yang lebih tersusun dan efisien.

Melalui kerjasama ini, PKB akan berperanan sebagai penyelaras utama dalam mengenal pasti projek berpotensi, menyediakan hala tuju strategik dan menghubungkan peserta dengan agensi berkaitan serta pemegang taruh industri.